HALAMAN KOMEN


ShoutMix chat widget

Rabu, 12 November 2008

PERANCANGAN PPIK

Perancangan PPIK

Rabu, 26 Disember 2007
Latihan ICT harian yang dijalankan oleh Penyelia PPIK adalah berdasarkan modul yang disediakan oleh Microsoft Unlimited Potential. Melalui latihan ini, peserta akan dapat mempelajari aplikasi Microsoft office dalam urusan seharian seperti :
Microsoft Word bagi membuat folio, kertas kerja dan surat-menyurat
Microsoft Excel bagi membuat penyata kira-kira, dan pangkalan data
Microsoft Powerpoint bagi membuat persembahan.
Latihan ini amat berguna kepada penduduk setempat terutamanya kepada pelajar dalam menyiapkan tugasan yang diberi di sekolah. Para peniaga turut mendapat manfaat daripada latihan ini bagi memudahkan mereka membuat penyata untung rugi selain dapat mengawal perbelanjaan dan juga pengembangan perniagaan melalui kemudahan rangkaian internet yang terdapat di PPIK. Kesemua penduduk setempat dapat memudahkan urusan seharian masing-masing sekiranya dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari dari PPIK ini .
Terakhir dikemaskini ( Khamis, 13 November 2008 )

Tiada ulasan: