HALAMAN KOMEN


ShoutMix chat widget

Rabu, 12 November 2008

BENGKEL ICT

Bengkel ICT

Rabu, 26 Disember 2007
Penyelia pusat, dengan kerjasama AJK PPIK yang dilantik akan menganjurkan bengkel ICT bagi manfaat komuniti setempat. Mereka menyusun program bengkel berdasarkan kumpulan sasaran berlainan yang terdiri daripada golongan pelajar, belia, suri rumah, dan JKK Kampung. Penerangan dan sesi demonstrasi yang diadakan bertujuan mendedahkan komuniti setempat kepada dunia ICT selaras dengan objektif PPIK iaitu merapatkan jurang digital terutamanya di kalangan komuniti luar jangkau. Antara bengkel ICT yang dirancang termasuklah :
Bengkel Asas Komputer
Program ini bertujuan mendedahkan para peserta mengenai asas-asas komputer dan fungsi-fungsinya. Peserta juga dapat mempelajari penggunaan komputer secara asas, secara tidak langsung ia dapat memupuk sikap ingin tahu dan mendekati dunia ICT setelah mengetahui kebaikan yang dapat dimanfaatkan dari teknologi ICT ini.
Bengkel Internet
Bengkel ini bertujuan mendedahkan mengenai penggunaan aplikasi internet dalam kehidupan seharian seperti emel, mencari maklumat, pembayaran bil, dan aplikasi online yang lain. Dengan ini, peserta diberi pendedahan mengenai kepentingan ICT dalam memudahkan urusan seharian yang menjimatkan masa dan tenaga.

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 13 November 2008 )

Tiada ulasan: