HALAMAN KOMEN


ShoutMix chat widget

Rabu, 12 November 2008

PENGGUNAAN ICT

Penggunaan ICT

Rabu, 26 Disember 2007
Dengan segala kemudahan yang disediakan, para pengunjung dan pengguna dapat memanfaatkan PPIK tersebut sebagai pusat sehenti bagi mengumpul dan menyebarkan maklumat melalui pembangunan kandungan tempatan. Pengguna turut berpeluang mempelajari penggunaan aplikasi elektronik dalam memudahkan urusan seharian seperti pembayaran bil, mengisi borang jawatan secara online, menyemak penyata KWSP secara online, dan lain-lain lagi. Aplikasi e-dagang, e-pembelajaran, dan e-kerajaan juga akan diterapkan bagi dimanfaatkan oleh penduduk setempat agar tidak jauh ketinggalan dari segi jurang digital berbanding dengan komuniti yang menikmati perkhidmatan ICT di tempat mereka.
Penduduk juga berpeluang menikmati penjimatan yang lebih untuk berhubung dengan kenalan atau saudara mara yang tinggal berjauhan dengan mempelajari aplikasi e-mel, chatting ataupun melalui blog. Mereka dapat berhubung secara maya yang ternyata lebih menjimatkan dari segi masa dan wang.

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 13 November 2008 )

Tiada ulasan: