HALAMAN KOMEN


ShoutMix chat widget

Isnin, 22 Disember 2008

BERITA SEMASA

KINI BLOGGER PPIK PARIT BARU JUGA BOLEH DILAYARI SECARA TERUS MENERUSI FRIENDSTER SAYA YANG BERALAMAT DI : http://profiles.friendster.com/user.php
ADA SEMUA BOLEH DAPATINYA PADA RUANGAN FIRDAUS's Blogs
INSYA - ALLAH DALAM MASA YANG TERDEKAT INI JUGA PENYELIA PPIK PARIT BARU, SABAK BERNAM, SELANGOR AKAN MENERBITKAN SEBUAH LAMAN WEB KHUSUS UNTUK SEMUA PPIK DI SELURUH MALAYSIA DI DALAM DUA BAHASA, IAITU BAHASA ENGLIAH DAN BAHASA MELAYU.
COMING SOON...

PESANAN BUAT SEMUA SS

BANGKITLAH DARI LENA DAN SEDARLAH DARI MIMPI...
JOOMLA! MAJUKAN PPIK MASING2...
SEDARLAH...
DARI SEMUA PERKARA YANG BERLAKU SELAMA INI...
WALAUPUN ADE DI ANTARA KITA YANG MASING KETINGGALAN...
BANTULAH KAWAN KITA YANG KETINGGALAN ITU ...
KELAK KITA SEMUA PASTI AKAN BERJAYA...
MASA KINI BUKAN MASA UNTUK MERANCANG...
TETAPI MASA UNTUK MELAKSANAN...
DAN KEPADA YANG MASIH TIDAK MENUNAIKAN JANJI...
INILAH MASANYA UNTUK MENUNAIKAN JANJI MASING-MASING...

COMING SOON...

RUANGAN HIBURAN 1

MUSIC BY FRIENDSTER

RUANGAN HIBURAN 2

MUSIC BY YOUTUBE

Ahad, 21 Disember 2008

MESYUARAT KARNIVAL JOM INTERNET



Mesyuarat Karnival Jom Internet Negeri Selangordiadakan telah pada 08 Dis 2008 jam 0900 malam bertempat dipejabat Adun Paya Jaras . Turut menghadiri mesyarat tersebut Tuan Haji Ibrahim bin Haji Ali (Adun Paya Jaras), Ketua-Ketua Kampung, Encik Abd Hamid bin Abd Rahman (state controller) dan wakil pihak Hotlink serta Penyelia PPIK Sungai Plong Encik Mohd Satar bin Shahar. Selesai mesyuarat tersebut jam 1130 malam.




NAMA PENYELIA YANG TERLIBAT KARNIVAL JOM INTERNET

Berikut senarai nama-nama penyelia negeri selangor yang terlibat dengan karnival jom internet.
a. Mohd Satar bin Shahar - PPIK Sungai Plong
b. Abd Rahman bin Raisdi - PPIK Batu 2 Sapintas
c. Mohd Fidaus bin Kamaruddin - PPIK Parit Baru
d. Dzulfadly bin Ramli - PPIK Kuang
e. Hashimah bte Hashim - PPIK Kelumpang
f. Lizawati bte Johari - PPIK Tiram Jaya
g. Norezan - PPIK Ulu Bernam
h. Norhanim bte Zalaini - PPIK Bukit Bangkong
i. Nurul Ashikin bte Alias - PPIK Dato Ahmad Razali
j. Suhaila bte Sirun - PPIK RTB Sungai Panjang
k. Zafzulaida bte Mohd Salim - PPIK Parit 14 Sungai Panjang
l. Mohamad Izadi bin Bor - PPIK Bukit Badong
m. Hayati bin Don - PPIK Parit Mahang
n. Samaiyah bte Jumri - PPIK Bukit Kapar
o. Norizan bte Rose - PPIK Pulau Indah







KARNIVAL JOM INTERNET NEGERI SELANGOR

Suatu sejarah telah terukir sekali lagi dimana Karnival Jom Internet Negeri Selangor telah diadakan bertempat di Dewan MBSA Paya Jaras pada hari Ahad dan Isnin (14 Dis dan 15 Dis 2008) bermula jam 0900 pagi hingga 0530 petang. Ramai penduduk sekitar kampung turut mengambil bahagian didalam karnival tersebut.

Karnival jom internet ini di taja oleh KTAK dikendalikan oleh pihak maxis dan dilaksanakan oleh penyelia-penyelia PPIK Negeri Selangor serta mendapat sokongan dari Ahli Majlis, Adun Payas, Ketua-Ketua Kampung tak dilupakan sumbangan orang perseorangan Encik Nordin bahagian Cyber Star Café atas kebenaran menggunakan






TERLETAK 2OO METER DARI PPIK PARIT BARU


KENALI JURANG DIGITAL

INSPIRASI UNTUK SEMUA

SERTAI KAMI



Bantuan Anda Amat di Hargai
Jika anda berpendapat bahawa usaha merapatkan jurang digital kita memerlukan bantuan dalam meningkatkan kesedaran, penyertaan yang lebih aktif dan usaha pendidikan yanag lebih giat; anda dijemput untuk membantu.


"Usahawan hari ini perlu mengikuti perkembangan teknologi ICT kerana ia berpotensi luas dan dapat meluaskan perniagaan"
Usahawan Pau Untung Besar
Kini, teknologi komputer dan Internet (ICT) bukan sahaja diperlukan untuk mengurus dan meluaskan perniagaan besar, bahkan ia amat perlu untuk mengefisyenkan perniagaan berskala kecil dan sederhana. Mustika Hati Enterprise membuktikan bahawa penggunaan ICT telah membawa kejayaan besar kepada perniagaan pau yang diterokainya sejak 18 tahun yang lalu.
Puan Musringah binti Hj Ismon, 48, ketika ditanya mengatakan beliau menyedari pentingnya penggunaan ICT ketika perniagaannya mula mendapat sambutan. Di peringkat awal, beliau hanya menghasilkan 50 biji pau sehari tetapi pada hari ini, dengan ICT, permintaan terhadap paunya semakin meningkat, kepada sekurang-kurangnya 3000 sehingga 4000 biji sehari.
Puan Musringah yang juga pemilik Mustika Hati Enterprise memulakan perniagaan pau pada tahun 1988 secara kecil-kecilan. Pada peringkat awalnya latihan dan bimbingan yang diikutinya banyak berkaitan dengan perakaunan, pemasaran dan kebersihan tetapi hari ini, bagi Puan Musringah beliau perlu mempunyai pengetahuan ICT untuk menguruskan perniagaannya.
Walaupun semakin sibuk tetapi beliau tetap meluangkan masa untuk mengikuti kelas komputer dan ICT. Menurut Puan Musringah, beliau amat berterima kasih kepada Pusat Internet Desa (PID) Sungai Air Tawar, Sabak Bernam kerana banyak membantunya menggunakan perisian seperti Microsoft Word, Powerpoint dan Excel untuk urusan perniagaannya. Segala urusan yang sebelum ini tidak efisyen, kini menjadi lebih mudah dan cekap dengan menggunakan komputer.
PID Sungai Air Tawar juga banyak membantu Puan Musringah untuk mempromosikan produk yang beliau hasilkan. Pau Puan Musringah dan produk-produk pengusaha yang lain dipromosikan melalui laman web PID, cakera padat dan juga pamflet-pamflet. Melalui laman web tersebut penyebaran tentang maklumat pengusaha dan produk yang dikeluarkan oleh mereka boleh diakses di mana saja. Ini membuka ruang untuk produk mereka dikenali ramai.
Jika dahulu pengedaran pau hanya tertumpu di sekitar restoran dan kedai makan tetapi dengan promosi yang berkesan pau beliau hari ini turut dijual di Carrefour, Tesco dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Bagi Puan Musringah, usahawan hari ini perlu mengikuti perkembangan teknologi ICT kerana ia berpotensi luas dan dapat meluaskan perniagaan. Oleh itu, beliau masih terus berusaha untuk menambah pengetahuannya dalam ICT. Beliau mengikuti kelas yang terdapat di PID dan tidak malu untuk berbincang dengan anak-anaknya mengenai komputer.


Puan Musringah dan pekerjanya sedang menyiapkan inti pau


Pau-Pau yang sedia untuk dipasarkan