HALAMAN KOMEN


ShoutMix chat widget

Isnin, 22 Disember 2008

BERITA SEMASA

KINI BLOGGER PPIK PARIT BARU JUGA BOLEH DILAYARI SECARA TERUS MENERUSI FRIENDSTER SAYA YANG BERALAMAT DI : http://profiles.friendster.com/user.php
ADA SEMUA BOLEH DAPATINYA PADA RUANGAN FIRDAUS's Blogs
INSYA - ALLAH DALAM MASA YANG TERDEKAT INI JUGA PENYELIA PPIK PARIT BARU, SABAK BERNAM, SELANGOR AKAN MENERBITKAN SEBUAH LAMAN WEB KHUSUS UNTUK SEMUA PPIK DI SELURUH MALAYSIA DI DALAM DUA BAHASA, IAITU BAHASA ENGLIAH DAN BAHASA MELAYU.
COMING SOON...

PESANAN BUAT SEMUA SS

BANGKITLAH DARI LENA DAN SEDARLAH DARI MIMPI...
JOOMLA! MAJUKAN PPIK MASING2...
SEDARLAH...
DARI SEMUA PERKARA YANG BERLAKU SELAMA INI...
WALAUPUN ADE DI ANTARA KITA YANG MASING KETINGGALAN...
BANTULAH KAWAN KITA YANG KETINGGALAN ITU ...
KELAK KITA SEMUA PASTI AKAN BERJAYA...
MASA KINI BUKAN MASA UNTUK MERANCANG...
TETAPI MASA UNTUK MELAKSANAN...
DAN KEPADA YANG MASIH TIDAK MENUNAIKAN JANJI...
INILAH MASANYA UNTUK MENUNAIKAN JANJI MASING-MASING...

COMING SOON...

RUANGAN HIBURAN 1

MUSIC BY FRIENDSTER

RUANGAN HIBURAN 2

MUSIC BY YOUTUBE

Ahad, 21 Disember 2008

MESYUARAT KARNIVAL JOM INTERNET



Mesyuarat Karnival Jom Internet Negeri Selangordiadakan telah pada 08 Dis 2008 jam 0900 malam bertempat dipejabat Adun Paya Jaras . Turut menghadiri mesyarat tersebut Tuan Haji Ibrahim bin Haji Ali (Adun Paya Jaras), Ketua-Ketua Kampung, Encik Abd Hamid bin Abd Rahman (state controller) dan wakil pihak Hotlink serta Penyelia PPIK Sungai Plong Encik Mohd Satar bin Shahar. Selesai mesyuarat tersebut jam 1130 malam.




NAMA PENYELIA YANG TERLIBAT KARNIVAL JOM INTERNET

Berikut senarai nama-nama penyelia negeri selangor yang terlibat dengan karnival jom internet.
a. Mohd Satar bin Shahar - PPIK Sungai Plong
b. Abd Rahman bin Raisdi - PPIK Batu 2 Sapintas
c. Mohd Fidaus bin Kamaruddin - PPIK Parit Baru
d. Dzulfadly bin Ramli - PPIK Kuang
e. Hashimah bte Hashim - PPIK Kelumpang
f. Lizawati bte Johari - PPIK Tiram Jaya
g. Norezan - PPIK Ulu Bernam
h. Norhanim bte Zalaini - PPIK Bukit Bangkong
i. Nurul Ashikin bte Alias - PPIK Dato Ahmad Razali
j. Suhaila bte Sirun - PPIK RTB Sungai Panjang
k. Zafzulaida bte Mohd Salim - PPIK Parit 14 Sungai Panjang
l. Mohamad Izadi bin Bor - PPIK Bukit Badong
m. Hayati bin Don - PPIK Parit Mahang
n. Samaiyah bte Jumri - PPIK Bukit Kapar
o. Norizan bte Rose - PPIK Pulau Indah







KARNIVAL JOM INTERNET NEGERI SELANGOR

Suatu sejarah telah terukir sekali lagi dimana Karnival Jom Internet Negeri Selangor telah diadakan bertempat di Dewan MBSA Paya Jaras pada hari Ahad dan Isnin (14 Dis dan 15 Dis 2008) bermula jam 0900 pagi hingga 0530 petang. Ramai penduduk sekitar kampung turut mengambil bahagian didalam karnival tersebut.

Karnival jom internet ini di taja oleh KTAK dikendalikan oleh pihak maxis dan dilaksanakan oleh penyelia-penyelia PPIK Negeri Selangor serta mendapat sokongan dari Ahli Majlis, Adun Payas, Ketua-Ketua Kampung tak dilupakan sumbangan orang perseorangan Encik Nordin bahagian Cyber Star Café atas kebenaran menggunakan






TERLETAK 2OO METER DARI PPIK PARIT BARU


KENALI JURANG DIGITAL

INSPIRASI UNTUK SEMUA

SERTAI KAMI



Bantuan Anda Amat di Hargai
Jika anda berpendapat bahawa usaha merapatkan jurang digital kita memerlukan bantuan dalam meningkatkan kesedaran, penyertaan yang lebih aktif dan usaha pendidikan yanag lebih giat; anda dijemput untuk membantu.


"Usahawan hari ini perlu mengikuti perkembangan teknologi ICT kerana ia berpotensi luas dan dapat meluaskan perniagaan"
Usahawan Pau Untung Besar
Kini, teknologi komputer dan Internet (ICT) bukan sahaja diperlukan untuk mengurus dan meluaskan perniagaan besar, bahkan ia amat perlu untuk mengefisyenkan perniagaan berskala kecil dan sederhana. Mustika Hati Enterprise membuktikan bahawa penggunaan ICT telah membawa kejayaan besar kepada perniagaan pau yang diterokainya sejak 18 tahun yang lalu.
Puan Musringah binti Hj Ismon, 48, ketika ditanya mengatakan beliau menyedari pentingnya penggunaan ICT ketika perniagaannya mula mendapat sambutan. Di peringkat awal, beliau hanya menghasilkan 50 biji pau sehari tetapi pada hari ini, dengan ICT, permintaan terhadap paunya semakin meningkat, kepada sekurang-kurangnya 3000 sehingga 4000 biji sehari.
Puan Musringah yang juga pemilik Mustika Hati Enterprise memulakan perniagaan pau pada tahun 1988 secara kecil-kecilan. Pada peringkat awalnya latihan dan bimbingan yang diikutinya banyak berkaitan dengan perakaunan, pemasaran dan kebersihan tetapi hari ini, bagi Puan Musringah beliau perlu mempunyai pengetahuan ICT untuk menguruskan perniagaannya.
Walaupun semakin sibuk tetapi beliau tetap meluangkan masa untuk mengikuti kelas komputer dan ICT. Menurut Puan Musringah, beliau amat berterima kasih kepada Pusat Internet Desa (PID) Sungai Air Tawar, Sabak Bernam kerana banyak membantunya menggunakan perisian seperti Microsoft Word, Powerpoint dan Excel untuk urusan perniagaannya. Segala urusan yang sebelum ini tidak efisyen, kini menjadi lebih mudah dan cekap dengan menggunakan komputer.
PID Sungai Air Tawar juga banyak membantu Puan Musringah untuk mempromosikan produk yang beliau hasilkan. Pau Puan Musringah dan produk-produk pengusaha yang lain dipromosikan melalui laman web PID, cakera padat dan juga pamflet-pamflet. Melalui laman web tersebut penyebaran tentang maklumat pengusaha dan produk yang dikeluarkan oleh mereka boleh diakses di mana saja. Ini membuka ruang untuk produk mereka dikenali ramai.
Jika dahulu pengedaran pau hanya tertumpu di sekitar restoran dan kedai makan tetapi dengan promosi yang berkesan pau beliau hari ini turut dijual di Carrefour, Tesco dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Bagi Puan Musringah, usahawan hari ini perlu mengikuti perkembangan teknologi ICT kerana ia berpotensi luas dan dapat meluaskan perniagaan. Oleh itu, beliau masih terus berusaha untuk menambah pengetahuannya dalam ICT. Beliau mengikuti kelas yang terdapat di PID dan tidak malu untuk berbincang dengan anak-anaknya mengenai komputer.


Puan Musringah dan pekerjanya sedang menyiapkan inti pau


Pau-Pau yang sedia untuk dipasarkan



Rabu, 12 November 2008

JKKKP KAMPUNG PARIT BARU PEKAN


JKKK

Rabu, 26 Disember 2007
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung merupakan pertubuhan sukarela yang diwujudkan untuk menjaga hal ehwal kampung. Senarai JKKK adalah seperti di bawah:-

—Penaung : YB TUAN ABD RAHMAN BIN BAKRI
—Penasihat : YB DATO’ DR HJ MAT YASIR BIN HAJI IKHSAN
—1. Pengerusi : EN MUSANIP BIN MATIONO
—2. Timbalan Pengerusi : TN HJ APANDI BIN MAARUF
—3. Setiausaha : EN AHMAD BIN SENIN
—4. Bendahari : TN HJ ABD GHAFOR BIN A. KAHAR
—5. Ahli Jawatankuasa :
— A. Biro Wanita : PN MUSRINGAH BT ISMUN
— B. Biro Belia : EN SAIROZI BIN MOHD SALIM
— C. Biro Agama : EN MOHD NOR BIN MOSNAN
— D. Biro Kebajikan : EN ABD NASIR BIN A. THAYAR
— E. Biro Ekonomi : TN HJ ABD GHAFOR BIN A. KAHAR
— F. Biro Teknologi Maklumat : EN AHMAD BIN SENIN
— G. Biro Pendidikan : PN SITI WASITAH BT BANI
— H. Biro Keselamatan : EN SARJUNI BIN SARDI
— I. Biro Keceriaan : PN NORAINI BT RAHMAT
— J. Biro Keusahawanan : PN NORSOBAKIAH BT SAYUTI
— K. Biro Pertanian : EN ROSLAN BIN PARMIN
— L. Biro Sukan dan Rekreasi : EN MD JIPRI BIN ASMUDI
— M. Biro Warga Emas : TN HJ MUKARI BIN KASAN

Terakhir dikemaskini ( Selasa, 13 November 2008 )

WANITA

Wanita

Rabu, 26 Disember 2007
Di Parit Baru, golongan wanita juga tidak ketinggalan melibatkan diri dengan aktiviti masyarakat kampung. Majoriti kaum wanita di kampung ini adalah surirumah. Maka mereka memperuntukan masa yang terluas dengan menyertai aktiviti seperti marhaban, Kelas mengaji Al qur’an, dan kelas menjahit selain mewakili kampung di dalam beberapa pertandingan seperti pertandingan nasyid dan marhaban. Selain mengisi masa lapang, sesetengah daripada aktiviti tersebut boleh di jadikan sebagai punca pendapatan.











Marhaban











Kelas menjahit

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 13 November 2008 )

BELIA

Belia

Rabu, 26 Disember 2007
Antara kelab / persatuan belia yang terdapat di Kampung Parit Baru ialah :
1) Kelab Gasing45100 Sungai Air Tawar,
Sabak Bernam,
Selangor Darul Ehsan
2) Persatuan KompangPekan Paru
45100 Sungai Air Tawar,
Sabak Bernam,
Selangor Darul Ehsan

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 13 November 2008 )

LOKASI PPIK PARIT BARU

Lokasi PPIK

Rabu, 26 Disember 2007
Lokasi utama PPIK terletak berhampiran dengan Perpustakaan Desa Parit Baru.
Terakhir dikemaskini ( Khamis, 13 Mac 2008 )

AKTIVITI PPIK

Aktiviti PPIK

Rabu, 26 Disember 2007
Melalui PPIK beberapa aktiviti komuniti akan dijalankan disetiap lokasi oleh AJK PPIK melibatkan semua peringkat komuiti terdiri dari warga emas, belia, pelajar, pengusaha kecil dan sederhana, petani, nelayan, golongan kurang upaya dan lain-lain. Antara aktiviti yang akan dilaksana ialah;
Latihan IT;
Pengumpulan dan penyebaran maklumat;
Membangun laman web komuniti dan keluarga
Membangun kandungan tempatan;
Aplikasi elektronik;
Sistem penyampaian komuniti (community delivery system); dan
Khidmat Nasihat.

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 13 November 2008 )

AJK PPIK PARIT BARU

AJK PPIK

Rabu, 26 Disember 2007
PPIK ini akan beroperasi dengan bantuan AJK PPIK yang akan dilantik di kalangan komuniti setempat. AJK yang dilantik akan mengendali segala aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut dengan dibantu oleh penyelia pusat. Mereka juga akan membantu dari segi promosi bagi menarik minat penduduk setempat menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan. Majoriti ahli jawatankuasa komuniti terdiri dari golongan yang berpengaruh di kalangan komuniti setempat bagi tujuan tersebut.
Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 19 September 2008 )

JKKK

Rabu, 26 Disember 2007
Jawatankuasa Pusat Perkhidmatan dan Ilmu Komuniti merupakan pertubuhan sukarela yang diwujudkan untuk menjaga hal ehwal Pusat Perkhidmatan dan Ilmu Komuniti Parit baru. Senarai JKKK adalah seperti di bawah:-
—Penaung : YB TUAN ABD RAHMAN BIN BAKRI
—Penasihat : YB DATO’ DR HJ MAT YASIR BIN HAJI IKHSAN
—1. Pengerusi : EN MUSANIP BIN MATIONO
—2. Timbalan Pengerusi : TN HJ APANDI BIN MAARUF
—3. Setiausaha : MOHD FIRDAUS BIN KAMARUDDIN
—4. Bendahari : MOHD FIRDAUS BIN KAMARUDDIN
—5. Ahli Jawatankuasa :
— A. Biro Wanita : PN MUSRINGAH BT ISMUN
— B. Biro Belia : EN SAIROZI BIN MOHD SALIM
— C. Biro Agama : EN MOHD NOR BIN MOSNAN
— D. Biro Kebajikan : EN ABD NASIR BIN A. THAYAR
— E. Biro Ekonomi : TN HJ ABD GHAFOR BIN A. KAHAR
— F. Biro Teknologi Maklumat : EN AHMAD BIN SENIN
— G. Biro Pendidikan : PN SITI WASITAH BT BANI
— H. Biro Keselamatan : EN SARJUNI BIN SARDI
— I. Biro Keceriaan : PN NORAINI BT RAHMAT
— J. Biro Keusahawanan : PN NORSOBAKIAH BT SAYUTI
— K. Biro Pertanian : EN ROSLAN BIN PARMIN
— L. Biro Sukan dan Rekreasi : EN MD JIPRI BIN ASMUDI
— M. Biro Warga Emas : TN HJ MUKARI BIN KASAN

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 13 November 2008 )

PERANCANGAN PPIK

Perancangan PPIK

Rabu, 26 Disember 2007
Latihan ICT harian yang dijalankan oleh Penyelia PPIK adalah berdasarkan modul yang disediakan oleh Microsoft Unlimited Potential. Melalui latihan ini, peserta akan dapat mempelajari aplikasi Microsoft office dalam urusan seharian seperti :
Microsoft Word bagi membuat folio, kertas kerja dan surat-menyurat
Microsoft Excel bagi membuat penyata kira-kira, dan pangkalan data
Microsoft Powerpoint bagi membuat persembahan.
Latihan ini amat berguna kepada penduduk setempat terutamanya kepada pelajar dalam menyiapkan tugasan yang diberi di sekolah. Para peniaga turut mendapat manfaat daripada latihan ini bagi memudahkan mereka membuat penyata untung rugi selain dapat mengawal perbelanjaan dan juga pengembangan perniagaan melalui kemudahan rangkaian internet yang terdapat di PPIK. Kesemua penduduk setempat dapat memudahkan urusan seharian masing-masing sekiranya dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari dari PPIK ini .
Terakhir dikemaskini ( Khamis, 13 November 2008 )

JADUAL PPIK PARIT BARU

Jadual PPIK

Rabu, 26 Disember 2007
PPIK akan beroperasi mengikut jadual yang ditetapkan oleh penyelia berdasarkan hasil perbincangan dengan AJK PPIK sendiri ( Coming Soon )

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 13 November 2008 )

PENGGUNAAN ICT

Penggunaan ICT

Rabu, 26 Disember 2007
Dengan segala kemudahan yang disediakan, para pengunjung dan pengguna dapat memanfaatkan PPIK tersebut sebagai pusat sehenti bagi mengumpul dan menyebarkan maklumat melalui pembangunan kandungan tempatan. Pengguna turut berpeluang mempelajari penggunaan aplikasi elektronik dalam memudahkan urusan seharian seperti pembayaran bil, mengisi borang jawatan secara online, menyemak penyata KWSP secara online, dan lain-lain lagi. Aplikasi e-dagang, e-pembelajaran, dan e-kerajaan juga akan diterapkan bagi dimanfaatkan oleh penduduk setempat agar tidak jauh ketinggalan dari segi jurang digital berbanding dengan komuniti yang menikmati perkhidmatan ICT di tempat mereka.
Penduduk juga berpeluang menikmati penjimatan yang lebih untuk berhubung dengan kenalan atau saudara mara yang tinggal berjauhan dengan mempelajari aplikasi e-mel, chatting ataupun melalui blog. Mereka dapat berhubung secara maya yang ternyata lebih menjimatkan dari segi masa dan wang.

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 13 November 2008 )

BENGKEL ICT

Bengkel ICT

Rabu, 26 Disember 2007
Penyelia pusat, dengan kerjasama AJK PPIK yang dilantik akan menganjurkan bengkel ICT bagi manfaat komuniti setempat. Mereka menyusun program bengkel berdasarkan kumpulan sasaran berlainan yang terdiri daripada golongan pelajar, belia, suri rumah, dan JKK Kampung. Penerangan dan sesi demonstrasi yang diadakan bertujuan mendedahkan komuniti setempat kepada dunia ICT selaras dengan objektif PPIK iaitu merapatkan jurang digital terutamanya di kalangan komuniti luar jangkau. Antara bengkel ICT yang dirancang termasuklah :
Bengkel Asas Komputer
Program ini bertujuan mendedahkan para peserta mengenai asas-asas komputer dan fungsi-fungsinya. Peserta juga dapat mempelajari penggunaan komputer secara asas, secara tidak langsung ia dapat memupuk sikap ingin tahu dan mendekati dunia ICT setelah mengetahui kebaikan yang dapat dimanfaatkan dari teknologi ICT ini.
Bengkel Internet
Bengkel ini bertujuan mendedahkan mengenai penggunaan aplikasi internet dalam kehidupan seharian seperti emel, mencari maklumat, pembayaran bil, dan aplikasi online yang lain. Dengan ini, peserta diberi pendedahan mengenai kepentingan ICT dalam memudahkan urusan seharian yang menjimatkan masa dan tenaga.

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 13 November 2008 )

Selasa, 11 November 2008

KEMUDAHAN ASAS

Kemudahan Asas

Rabu, 26 Disember 2007

Sebahagian kemudahan yang terdapat di Pekan Parit Baru :
1. Perpustakaan Desa Parit Baru
2. Masjid Al Makrifat Parit Baru
3. Kedai MDSB Parit Baru Pekan
4. Dewan Orang Ramai Parit Baru Pekan
5. Jalanraya
6. Bekalan Elektrik
7. Bekalan Air












Perpustakaan Desa Parit Baru












Masjid Al Makrifat Parit Baru












Kedai MDSB Parit Baru Pekan












Dewan Orang Ramai Parit Baru Pekan

Terakhir dikemaskini ( Rabu, 12 November 2008 )

KAWASAN RIADAH

Kawasan Riadah

Rabu, 26 Disember 2007

Terdapat satu kawasan riadah di sini yang sentiasa menjadi tumpuan penduduk di sini iaitu Pantai Bagan Nakhoda Omar. Ia merupakan tempat perkelahan yang terkenal di situ.

Alamat :
Pantai Bagan Nakhoda Omar
45100 Sungai Air Tawar
Sabak Bernam
Selangor Darul Ehsan












Pantai yang tenang












Tempat rehat












Nelayan pulang dari menangkap ikan












Terdapat juga kedai makan
Terakhir dikemaskini ( Rabu, 12 November 2008 )



KESIHATAN

Kesihatan

Rabu, 26 Disember 2007
Terdapat klinik kesihatan dan klinik pergigian di Parit Baru iaitu :-















KLINIK KESIHATAN PARIT BARU

45100 Sungai Air Tawar
Sabak Bernam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-32136223

Waktu Operasi

ISNIN- KHAMIS 8.00 pg hingga 1.00 ptg & 2.00ptg hingga 5.00 ptg

JUMAAT 8.00 pg hingga 12.00 t/hari & 2.45 ptg hingga 5.00 ptg














KLINIK PERGIGIAN PARIT BARU
45100 Sungai Air Tawar
Sabak Bernam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-32137998

Waktu Operasi
ISNIN- KHAMIS 8.00 pg hingga 1.00 ptg & 2.00 ptg hingga 5.00 ptg
JUMAAT 8.00 pg hingga 12.00 t/hari & 2.45 ptg hingga 5.00 ptg

Terakhir dikemaskini ( Rabu, 12 November 2008 )

PENDIDIKAN



Pendidikan

Rabu, 26 Disember 2007
Terdapat tiga jenis sekolah di kawasan Parit Baru iaitu:-
TABIKA KEMAS ILMIAH PARIT BARU
45100 SUNGAI AIR TAWAR
SABAK BERNAM
SELANGOR DARUL EHSAN

NAMA GURU : SITI LASTERI SHAMSURI
TEL : 019-2070016BIL
MURID : 24 ORANG













SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BARU
45100 SUNGAI AIR TAWAR
SABAK BERNAM
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL : 03-32136971













SEKOLAH AGAMA MENENGAH PARIT BARU
45100 SUNGAI AIR TAWAR
SABAK BERNAM
SELANGOR DARUL EHSAN



Terakhir dikemaskini ( Rabu, 12 November 2008 )

PERTANIAN

Pertanian

Rabu, 26 Disember 2007
Aktiviti pertanian yang aktif di sini ialah tanaman Mas Cotek dan dijalankan oleh Syarikat Delto.













Peringkat awal tanaman

Delto Medicama Plantation (M) Sdn. Bhd. (683418-X)
Q5, Jalan Yunan, Sungai Tengar,
45100 Sungai Air Tawar,
Sabak Bernam,
Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-32138224
Fax : 03-32138224
H/P : 019-6132045

Email : www.delto.my
nasnanj@delto.com.my














Sebahagian dari tapak semaian



Pokok mas cotek

Terakhir dikemaskini ( Rabu, 12 November 2008 )

PERIKANAN

Perikanan

Rabu, 26 Disember 2007
Sebilangan kecil penduduk di sini adalah nelayan. Para nelayan ini terlibat dengan aktiviti perikanan laut dalam. Hasil tangkapan adalah untuk kegunaan sendiri dan jika terdapat lebihan barulah ia dijual di kedai atau pasar yang berhampiran.

Selain itu, perikanan juga dilakukan melalui kaedah penternakan mengguna kolam air tawar. Hasil ternakan adalah udang dan pelbagai jenis ikan.



Terakhir dikemaskini ( Rabu, 12 November 2008 )

Selasa, 4 November 2008

PELANCONGAN

Rest House Sabak Bernam

Kelong admin

Kelong

Anjung Pesona admin

Anjung Pesona

Muara Marine Park admin

Muara

Rest House Sabak Bernam
admin
Terletak kira-kira 20km dari Sungai Air Tawar dan 500 meter dari Bandar Sabak Bernam. Kedudukannya di pinggir Sungai Bernam menawarkan pemandangan panorama yang indah dan mengasyikkan sesuai sebagai destinasi istirehat dan seminar yang jauh dari kebisingan kota.



Kemudahan dan keisteimewaan yang ada di sini :
i. bilik penginapan setaraf tiga bintang
ii. bilik seminar
iii. kawasan rekreasi.
iv. karaoke
v. Sport Cafe
















ROOM TYPE WEEKDAYS WEEKEND
Standard Double Bed RM69.00 RM92.00
Standard Twin Sharing RM86.50 RM103.50
Deluxe RM103.50 RM126.50
Suite RM149.50 RM172.50
* Kadar adalah dalam Ringgit Malaysia dan tertakluk kepada pindaan tanpa notis

KEMUDAHAN MAKANAN & MINUMAN
Outlet Jenis Waktu Operasi
Sport Cafe Restoran 7.00am - 11.00pm

PAKEJ MESYUARAT
Pakej Mesyuarat Dengan Penginapan
RM60/seorang - Bilik berdua
RM90/seorang - Bilik seorang
Pakej Termasuk :- Penginapan satu malam
- Sarapan pagi
- Minuman ringan pagi, petang dan malam
- Makan tengahari dan malam
- Kemudahan asas bilik mesyuarat

Pakej Mesyuarat Sehari
(9.00pg - 5.00ptg)
RM45
seorang Pakej Termasuk :
- Minuman ringan pagi dan petang
- Makan tengahari
- Kemudahan asas bilik mesyuarat
* Minima 30 org

Pakej Mesyuarat Separuh Hari 'A'
(9.00pg - 1.00ptg)
RM40
seorang Pakej Termasuk :
- Minuman ringan pagi
- Makan tengahari
- Kemudahan asas bilik mesyuarat

Pakej Mesyuarat Separuh Hari 'B'
(9.00pg - 1.00ptg)
RM30
seorang Pakej Termasuk :
- Minuman ringan pagi
- Kemudahan asas bilik mesyuarat
* Minima 30 orang

PAKEJ SEMINAR/KURSUS
Pakej Seminar/Kursus Dengan Penginapan
RM45 seorang - Bilik berempat
RM50 seorang - Bilik bertiga
RM60 seorang - Bilik berdua
RM90 seorang - Belik seorang
Pakej Termasuk :
- Penginapan satu malam
- Sarapan pagi- Minuman ringan pagi, petang dan malam
- Makan tengahari dan malam
- Kemudahan asas bilik seminar

Pakej Seminar/Kursus Sehari
(9.00pg - 5.00ptg)
RM40 seorang
Pakej Termasuk :
- Minuman ringan pagi dan petang
- Makan tengahari
- Kemudahan asas bilik seminar
* Minima 30 orang

Pakej Seminar/Kursus Separuh Hari 'A'
(9.00pg - 1.00ptg)
RM30 seorang
Pakej Termasuk :- Minuman ringan pagi
- Makan tengahari
- Kemudahan asas bilik seminar
* Minima 30 org

Untuk keterangan lanjut/tempahan, sila hubungi:
Rest House Sabak Bernam
Tel : 03-32171187 (kaunter)

Composed: 19/09/2008

Modified: 06/09/2008

Kelong
admin
"Fishing Paradise" pertama di Malaysia yang mampu memberi keseronokan. Berada di lingkaran teluk , 3.4 nautika dari Bagan Nakhoda Omar yang mengambil masa perjalanan selama 20minit menaiki bot merentasi Selat Melaka yang dikenal pasti sebagai lubuk pelbagai jenis ikan.Kelong yang canggih dan moden ini memberikan anda satu kenikmatan memancing sambil beristirehat yang selesa dan selamat. Ruang memancing yang luas dan selesa mampu mengurangkan stress anda


Di antara kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk pengunjung ialah :- pengangkutan ke kelong dengan bot
- bilik penginapan 'dorm style' yang mampu menampung 40 orang lelaki dan 20 orang perempuan dalam satu masa
- tandas berbayar
- sewaan peralatan memancing
- bilik mesyuarat dan seminar
- ruang memancing bertingkat (2 tingkat)
- surau
* Perjalanan ke kelong ditentukan oleh pihak pengurusan bergantung kepada pasang/ surut air.
* Ikan yang biasa diperolehi oleh pemancing di kelong ini ialah kerapu, pari, senangin dan gelama.




PAKEJ MEMANCING
Pakej 1 (Biasa)- 24jam
- RM128 seorang *termasuk pergi balik dari jeti, makan malam, sarapan pagi, makan tengahari, minum petang
Pakej 2 (Biasa)- 24jam
- RM100 seorang*termasuk pengangkutan pergi balik dari jeti
Barangan Untuk Sewaan :- joran - kerusi malas- set memanggang (BBQ)

- RM 30 sehari (tidak termasuk umpan, mata kail)- RM 15 sehari- RM 60 sehari

LAIN-LAIN PAKEJ
Pakej 3 (Mesyuarat/Perniagaan) -pagi hingga petang

RM80 seorang (kapasiti : 20-100 orang)* termasuk pengangkutan pergi balik dari jeti, makanan dan minuman, P.A System & Projektor, Bilik Mesyuarat

Pakej 4 (Seminar) - 2 hari 1 malam

RM160 seorang (bilik biasa)* Disediakan selimut dan tuala mandi

RM170 seorang (bilik berhawa dingin)* Disediakan selimut dan tuala mandi

* Pakej termasuk pergi balik dari jeti, makanan dan minuman, P.A System & Projektor, Bilik Mesyuarat
Pakej 5 (Tour)

RM30 seorang (minimum 5 orang)* termasuk pengankutan pergi balik dari jeti, minuman dan makanan ringan
Kemudahan Lain

- Surau- Bilik Karaoke , maksimum 5 orang : 2 jam pertama RM100, jam berikutnya RM50

PAKEJ PENGINAPAN
Sekendi Suite
Harga Bilik Kapasiti
- RM388 (1 malam)- maksima 5 orang
* termasuk TV& Astro, pembancuh kopi, almari, kerusi rehat dan tandas persendirian
Sekendi Deluxe
Harga Bilik Kapasiti
- RM298 (1 malam)- maksima 4 orang
* termasuk TV& Astro, pembancuh kopi, almari
Sekendi Executive
Harga Bilik Kapasiti
- RM268 (1 malam)- maksima 4 orang
* termasuk TV & Astro, Almari
Sekendi Dormetry Executive (penghawa dingin)
Harga katilKapasiti
- RM50 (1 malam)- 10-25 orang
Sekendi Dormetry Standard (kipas angin)
Harga katilKapasiti
- RM50 (1 malam)- 40 orang
Sekendi Dormetry Junior (kipas angin)
Harga katilKapasiti
- RM50 (1 malam)- 10-25 orang
Makanan & Pengangkutan
- RM80 dewasa- RM60 kanak-kanak (4-12 thn)- percuma untuk kanak-kanak bawah 3 tahun

PAKEJ MEMANCING EKSKLUSIF (LAUT DALAM)
Pakej 1 - Memancing di kawasan Kapal Selam
Harga PakejKapasitiTempoh memancing
- RM800.00- Maksima 8 orang- 12 jam
Pakej 2 - Memancing di kawasan Kapal Pecah
Harga PakejKapasitiTempoh memancing
- RM800.00- Maksima 8 orang- 12 jam
Pakej 2 - Memancing di Pulau Sembilan
Harga PakejKapasitiTempoh memancing
- RM1800.00- Maksima 10 orang- 24jam
Kemudahan Yang Ditawarkan :
- Pemandu bot- Jaket keselamatan- Tandas- GPRS & Ecosounder-Minuman- Alat-alat memasak

Untuk keterangan lanjut/tempahan, sila hubungi:
Cik MariaSabak Bernam Waterfront, 45200 Pekan Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 016-6662466atau layari : http://www.kelongparadise.com/

Composed: 19/09/2008

Modified: 19/09/2008

Anjung Pesona

admin
Politeknik Sabak Bernam telah membina Hotel yang dipanggil Anjung Pesona sebagai memenuhi keperluan latihan pelajar Jabatan Hospitaliti dan Pelancongan. walaupun dibina atas dasar latihan tetapi Anjung Pesona telah dilengkapi dengan fasiliti penginapan yang boleh memberikan perkhidmatan selesa kepada pelbagai aktiviti seperti mesyuarat, seminar atau latihan. Suasana yang damai dan jauh dari kesibukan kota membolehkan para tetamu di Anjung Pesona menikmati pelbagai pemandangan lanskap politeknik, cara hidup pelajar dan aktiviti harian masyarakat pendidik

Di Anjung Pesona berbagai kemudahan disediakan untuk kelicinan perlaksanaan program dan keselesaan tetamu :
- Bilik Seminar (muatan 50-70 orang)
- Kolam Akuatik- Dewan Bankuet Berhawa Dingin
(muatan 200-250orang)
- Restoran Berhawa Dingin
- Kafeteria Berhawa Dingin
- Pusat perkhidamatan Dobi
- Tasik Rekreasi
- Litar Kecergasan
HARGA BILIK : dari RM 50.00
TWIN SHARING : dari RM 100.00
SUITE : dari RM 100.00
* tempoh temapahan sehingga 6.00 petang
* masa check out jam 12.00 tengahari










Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Politeknik Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-32136666 (samb. 2401/2410/2411/2412)Fax : 03-32136633

Composed: 19/09/2008

Modified: 11/11/2008

Muara Marine Park

admin
D'Muara Marine Park Sungai Haji Dorani merupakan milik Majlis Daerah Sabak Bernam di mana pengurusan dan operasinya diberikan kepada Dorani Bayu Resort 'N' Services Sdn. Bhd. Melalui konsep usahasama mulai 2hb Februari 2005, D'Muara Marine Park yang terletak 5km dari Pekan Sg. Besar dan 90km dari bandaraya Shah Alam berkonsepkan alam dibangunkan di persisiran pantai Sungai Haji Dorani menghadap kebiruan Selat Melaka yang lengkap dengan prasarana serba moden dan eksklusif sesuai untuk beristirehat, seminar, mesyuarat dan hari keluarga sambil menikmati ketenangan melihat panorama aktiviti nelayan Pantai Sungai Haji Dorani.

Kemudahan Yang Ditawarkan :
-13 Unit Chalet Eksklusif-12 Lot Kedai
-Restoran (200-300 orang)
-Jeti Nelayan
-Dewan Seminar, Mesyuarat (100 orang)-BHC D'Muara untuk Lunch & Dinner (150 orang)





Special Request :
-Barbeque
-Fishing Trip
-Karaoke-Sea Trip
-Camp Side
-Bird Watching




Harga Bilik :
SEA VIEW
RM 120.00/mlm (weekday)RM 150.00/mlm (weekend)
VILLAGE VIEW
RM 110.00/mlm (weekday)RM 130.00/mlm (weekend)
TRIPLE SHARING
RM 150.00/mlm (weekday)RM 180.00/mlm (weekend)
EXTRA BED
RM 30.00/mlm

Tawaran Pakej Seminar/ Kursus/ MesyuaratPakej

'A' - 2 hari 1 malam
-Penginapan 2 orang 1 chalet
-Dewan Mesyuarat/ Seminar
-6 kali makan
- Buffet Style
-Kamudahan lain : LCD/Layar/FlitChart/Kertas A4/Pensil
-Kapasiti : 20-26 orang
-Harga Pakej : RM90.00 seorangPakej

'B' - 2 hari 1 malam
-Penginapan 3 orang 1 chalet
-Dewan Mesyuarat/ Seminar
-6 kali makan- Buffet Style
-Kamudahan lain : Layar/FlitChart/Kertas A4/Pensil
-Kapasiti : 25-39 orang
-Harga Pakej : RM75.00 seorangPakej

'C' - 1 hari sahaja (8.00pg-5.00ptg)
-Dewan Mesyuarat/ Seminar
-Minum pagi/ makan tengahari/ minum petang
-Kamudahan lain : Layar/FlitChart/Kertas A4/Pensil
-Kapasiti : 20-50 orang
-Harga Pakej : RM35.00 seorangPakej

'D' - separuh hari (8.00pg-1.00ptg)
-Dewan Mesyuarat/ Seminar
-Minum pagi/ makan tengahari
-Kamudahan lain : Layar/FlitChart/Kertas A4/Pensil
-Kapasiti : 20-50 orang
-Harga Pakej : RM25.00 seorangPakej

'E' - separuh hari (8.00pg-12.00tghari)
-Dewan Mesyuarat/ Seminar
-Minum pagi sahaja
-Kamudahan lain : Layar/FlitChart/Kertas A4/Pensil
-Kapasiti : 20-50 orang
-Harga Pakej : RM20.00 seorangPakej

-Pakej Lain Yang Ditawarkan :(Menu & Harga boleh dibincang)
- Pakej Jamuan makan malam di BHC D' Muara untuk 100-150 orang
- Pakej hari Keluarga
- Barbeque



























"Kepuasan Pelanggan Keutamaan Kami"Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Dorani Bayu Resort 'N' Services Sdn. BhdPengurusanD' Muara Marine Park Sungai Haji Dorani 45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan
Tel/Fax : 03-32246800

Composed: 19/09/2008

Modified: 11/11/2008