HALAMAN KOMEN


ShoutMix chat widget

Sabtu, 3 Januari 2009

Matlamat Dasar Kebangsaan Industri Komunikasi dan Multimedia

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 558) menetapkan 10 objektif Dasar Kebangsaan bagi Industri Komunikasi dan Multimedia seperti berikut:

Menjadikan Malaysia sebagai pusat dan tumpuan utama dunia bagi perkhidmatan komunikasi dan multimedia;

Menggalakkan pewujudan masyarakat di mana perkhidmatan berdasarkan maklumat sebagai asas pembangunan kualiti hidup yang berterusan;

Mencambahkan dan memupuk sumber maklumat dan perlambangan budaya tempatan;

Mengawal selia bagi faedah jangka panjang pengguna akhir;

Menggalakkan tahap keyakinan pengguna yang tinggi dalam penyampaian perkhidmatan daripada industri itu;

Memastikan penyediaan perkhidmatan sama rata yang mampu dibayar melalui infrastruktur kebangsaan yang sentiasa ada;

Mewujudkan suasana aplikasi yang giat bagi pengguna akhir;

Memudahkan pengagihan secara berkesan sumber seperti tenaga buruh mahir, modal, pengetahuan dan aset kebangsaan;

Menggalakkan pembinaan keupayaan dan kecekapan dalam industri percantuman Malaysia;

Dan menjamin keselamatan maklumat dan kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian.

Tiada ulasan: